Friday, March 23, 2012

Pembekal "The Real Authentic Genuine Taste" Sos Merah Klasik Sengkuang Calit, Kacang Panggang Tumbuk Bergula & Sos Special Rojak Petis PENANG





UPDATED 29/08/2014
04.00 PM






KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA!





 








*****************************************************









SAPUAN SOS MERAH KLASIK DAN TABURAN KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA YANG MENYELURUH = SENGKUANG CALIT


video 

Rancangan 'Nasi Lemak Kopi O TV9' untuk segmen "Duit" membuat liputan ringkas tentang perniagaan Daddy Din Sengkuang Calit untuk siaran pagi ahad 16/02/2014

(maaf, visual dan audio kurang memuaskan kerana setting ditukar kepada resolusi rendah bagi memudahkan uploading ke blog.)



Menjadi pembekal kepada restoran yang dimiliki oleh artis Elyana dan suaminya Encik Khairil...



Bersama dealer Encik Sofian dan isteri Puan Hanis...Katering untuk Media Prima Berhad (Group HR). Kalau sape2 nak buat majlis kecil2an atau katering memang saya appoint mereka ini kerana Encik Sofian full time berniaga. Jadi tidak timbul masalah kalau tarikh majlis atau katering jatuh pada hari bekerja.




Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya. Straight to the point. Anda mungkin pernah makan sengkuang calit yang guna sos merah dan ditabur kacang..Tapi kerana kekangan masa, anda tidak berkesempatan untuk kembali ke tempat yang menjual sengkuang calit tersebut..Well, sekarang anda tidak perlu risau kerana anda boleh menikmatinya bila-bila masa yang anda inginkan! Ya, saya membekalkan sos merah sengkuang ke seluruh Malaysia dan antarabangsa where possible..Sos merah yang pekat dan  dibuat segar selepas menerima tempahan serta dijamin sedap atau wang anda dikembalikan...(jangan dah habis separuh pastu baru kata tak sedap plak yer...)

Perhatian: Bagi yang belum pernah langsung merasa sos merah klasik, jangan cepat menilai hanya dengan merasa sos sahaja. Rasa sos itu saja memang masin masam, tapi itulah rasa sos merah klasik yang sebenar. Yang tak pernah rasa sos merah klasik ni kekadang kata sos dah rosakla, itu inila...Ginilah, macam makan budu..baunya cukup menusuk hidung..ada orang suka sehingga makan menjilat jari, namun ada yang langsung tak boleh bau..(tapi jangan salah anggap, sos merah klasik takdela bau macam budu..bau biasa je..macam bau buah jeruk..)  Calit dahulu sos merah klasik pada sengkuang yang telah direndam air sejuk, taburkan kacang panggang tumbuk bergula, dan mulakan proses mengunyah perlahan-lahan. Campuran semua bahan tadi akan menyebabkan anda merasakan suatu perasaan macam nak tambah lagi walaupun rahang mulut anda dah lenguh mengunyah...





HARGA SEKILO SETIAP BAHAN-BAHAN

(DALAM BEKAS TUTUP MERAH)

SOS MERAH KLASIK : RM9.00

SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG : RM14.00

KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA : RM14.00

  
 (KALAU NAK DALAM PLASTIK, SETIAP SEKILO TOLAK RM1.00 KOS BEKAS)


SOS MERAH KLASIK : RM8.00 SEKILO DALAM PLASTIK

SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG PEKAT : RM13.00 SEKILO DALAM PLASTIK

KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA : RM13.00 SEKILO DALAM PLASTIK 



*Kacang dipanggang secara berpusing melalui mesin panggang jenis industri yang menggunakan api perlahan selama beberapa jam. Kacang kemudian disejukkan beberapa jam di rak kayu secara bersusun sebelum dikisar menggunakan mesin kisar jenis industri. Proses ini memastikan kacang tumbuk yang terhasil tahan lebih lama, berbau harum dan tidak berbau tengik. 

Gula kasar ditambah kemudian mengikut nisbah yang ditetapkan dan digaul dalam bekas secara manual mengikut jumlah tempahan yang diterima. Nisbah gula kepada kacang memainkan peranan penting kerana jika kekurangan gula, sos merah klasik akan rasa kemasinan. Jika terlebih gula pula, akan hilang keunikan rasa kerana tiada keseimbangan rasa masam, manis, masin pada sos merah klasik yang dicalit.





PROMOSI!!!

*MINIMUM PEMBELIAN UNTUK KATEGORI SEKILO ADALAH 100 KILO!!!

DOK EH, MELAWOK JE...TIADA MINIMA PEMBELIAN. MAKNANYA ORDER SEKILO JE PUN BOLEH... (TAK KISAH SOS MERAH,KACANG TUMBUK, ATAU SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG)




"Set Setengah Kilo Daddy Din Sengkuang Calit"

 
 
(SOS MERAH KLASIK+KUAH ROJAK+KACANG PANGGANG TUMBUK BERGULA)
MASING-MASING SETENGAH KILO
 HANYA RM22.00 SAHAJA JIKA COD TERUS DENGAN SAYA DI LOKASI2 SEPERTI YANG TERTERA DI RISALAH KUNING INI:




WALAU BAGAIMANAPUN, ADA DEALER YANG JUAL HARGA RM25 BAGI MENAMPUNG KOS MENGAMBIL BEKALAN DARI JAUH. PERKARA INI DIBENARKAN KERANA JIKA SAYA SENDIRI KURIER KEPADA ANDA, CAJ KURIER UNTUK SET SETENGAH KILO ADALAH RM12.00. JADI ANDA PERLU MEMBAYAR KESELURUHAN RM34 TERMASUK KURIER.

 ANDA BOLEH JIMAT BANYAK WANG JIKA BELI TERUS DARIPADA DEALERS PADA HARGA RM25 SEBENARNYA.


HUBUNGI SAYAUNTUK MENGETAHUI HARGA DISKAUN UNTUK DEALERS BAGI SET SETENGAH KILO...

*ANTARA SYARAT JADI DEALERS IALAH SANGGUP TURUN KL DI AREA PETRONAS TESCO AMPANG ATAU STESEN LRT PANDAN JAYA UNTUK AMBIL BEKALAN.








GAMBAR MENUNJUKKAN SET SETENGAH KILO SEBANYAK 20 SET YANG TELAH DITEMPAH OLEH SEORANG DEALER DAN MENDAPAT DISKAUN DARI SAYA YANG MEMBOLEHKAN DEALER TERSEBUT MENDAPAT SEDIKIT KEUNTUNGAN DARI JUALAN YANG DIBUAT.




AWAS BAHAN-BAHAN TIRUAN!

Seperti DVD, bahan sengkuang calit saya juga tidak terlepas dari aktiviti 'cetak rompak' atau tiruan.

 Peniaga-peniaga ini telah melanggar aturan asas hakcipta iaitu menggunakan bahan-bahan yang BUKAN daripada Daddy Din tetapi berniaga menggunakan jenama Daddy Din. 

Mereka mendapat bunting jualan secara sah apabila membeli bahan2 saya pada awalnya, tetapi atas faktor tamak dan cetek akal, mereka kemudiannya menggunakan bahan2 sendiri yang sumbernya entah dari mana dan kualiti yang entah bagaimana, hanya kerana ingin mengaut keuntungan lebih yang tidak seberapa.

Ada juga yang lebih maju, sanggup meminta kedai printing mencetak semula bunting saya menggunakan rujukan di internet dan membuat kiosk menggunakan jenama saya...semata2 kerana ingin mengambil kesempatan atas jenama yang telah diusahakan oleh saya.

Mana-mana yang saya telah jumpa (yang lama di sekitar pekan Ampang dan yang terbaru di Tasik Biru Kundang Sg Buloh), amaran telah diberikan dan kata penyelesaian telah dicapai. Yang saya tak jumpa tu, saya alu-alukan saluran maklumat dari anda semua jika anda musykil dengan kualiti barangan saya. Ambil gambar mereka yang disyaki menjual barangan tiruan dan mms/whatsapp ke handphone saya bagi tujuan pengesahan. Jika mereka terus berdegil, laporan polis akan dibuat dan saman akan difailkan mengikut AKTA HAKCIPTA 1987 untuk menuntut ganti rugi bagi menjamin kelangsungan perniagaan dan nama baik syarikat yang telah dibina secara susah payah daripada mula.

"Masuk restoran KFC...nak makan ayam KFC...tapi dihidangkan dengan ayam McDonalds atau A&W"

...asasnya memang sama...iaitu ayam...tetapi cara penyediaannya dan rasanya berbeza mengikut jenama masing-masing....jadi ayam itu ibarat kacang panggang saya ler...ada faham??? 


*WALAUPUN SEKADAR KACANG TUMBUK, NAMUN ITULAH PEMBOLEH UBAH YANG MENENTUKAN SAMA ADA SEKEPING SENGKUANG CALIT ITU BENAR-BENAR ENAK ATAU SEKADAR BOLEH DIMAKAN LEBIH KURANG SAHAJA.
DISEBABKAN ITU, DADDY DIN TIDAK MENJAMIN KEENAKAN RASA JENAMA-JENAMA LAIN AKAN SAMA SEPERTI RASA SENGKUANG CALIT DI BAWAH JENAMA DADDY DIN.

HARAP MAKLUM.









Sos Special Rojak Petis Penang Pekat





*MONEY BACK GUARANTEE KALAU KUAH ROJAK NI TAK SEDAP!!!

*And please, jika anda compare harga dengan yang berada di rak-rak pasaraya, sila teliti berat dan kepekatan sos rojak tersebut. Saya pun boleh jual lebih murah jika sos rojak saya cair sedikit..betul tak?




Di dalam tong merah seperti di atas adalah 20 kilogram ibu kuah rojak petis penang special...siap untuk delivery kepada seorang pegawai keselamatan yang bekerja di putrajaya yang berjaya meraih pendapatan sambilan purata RM500 sebulan dengan hanya repacking botol kecik dan jual rojak buah pada masa lapang...yang penting pendapatan anda dari sumber yang HALAL...bukan berjudi atau skim cepat kaya tipu orang sana sini...





Kiosk di Pertama Kompleks Kuala Lumpur milik Encik Zainuddin yang mengambil sos special rojak petis penang 10kilo setiap kali order...



Sengkuang Calit Mahkota di Bandar Bukit Mahkota, Bangi juga menerima bekalan sos special rojak petis penang daripada Daddy Din.





Dealer dari Batu Pahat, Puan Nor mempelbagaikan penggunaan sos special rojak petis penang dengan menjual tauhu bakar dan kangkung celup...







PERHATIAN KEPADA BAKAL DEALERS


 Sos special rojak petis penang ini pekat teksturnya. Jadi bagi memudahkan anda untuk mencalit ke permukaan sengkuang, tambah air panas dalam 180ml lebih kurang bagi setiap 1kilogram sos special rojak petis penang ini dan gaul sebati menggunakan sudu atau alat yang sesuai. 

Kikis saki baki rojak yang melekat pada sudu menggunakan jari yang bersih supaya masuk semula ke dalam bekas yang digunakan. Elakkan menambah air panas terlalu banyak ke dalam bekas takut rasa rojak menjadi tawar.



Ha satu lagi...jenuh dah dok ulang banyak kali...ada gak yang masih tak faham....

SOS MERAH KLASIK TOLONGLAH JANGAN TAMBAH AIRRRRRRR!!!




DAN JANGAN CAMPUR SOS MERAH KLASIK DENGAN SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG!!!



KALAU CUSTOMER ORDER, TANYA DEPA DAHULU NAK YANG SOS MERAH KLASIK KE, NAK YANG SPECIAL ROJAK PETIS PENANG...KIRA ADA DUA RASA YANG BERLAINAN LA..












KHAS UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA BORONG:

DISKAUN HEBAT RM10.00 dari harga runcit plastik untuk pembelian minimum setiap 10 kilo sos merah klasik @ 10 kilo ibu kuah rojak petis Penang Special @10 kilo kacang panggang tumbuk bergula...

* Bahan2 akan diisi dalam plastik, BUKAN bekas tupperware dan anda boleh membuat penjenamaan semula jika perlu... 

TIDAK BOLEH CAMPUR2...SETIAP JENIS MESTI ORDER GENAP 10 KILO BAGI MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT DISKAUN HEBAT INI...

10kilo sos merah dalam plastik : RM70 (Harga sebelum diskaun RM80)

10 kilo sos special rojak petis penang dalam plastik  : RM120 (Harga sebelum diskaun RM130)

10kilo kacang panggang tumbuk bergula dalam plastik : RM120
(Harga sebelum diskaun RM130)



*Satu kilo sos merah boleh calit lebih kurang 5 kilo sengkuang


*Satu kilo kacang tumbuk boleh tabur lebih kurang 5-7 kilo sengkuang.



JADI, MAKANYA (DENGAN PELAT INDONESIA YA), KERNA KOSNYA MURAH, SEMUA ORANG BISA TERBANG GITU.....


EH, ITU SLOGAN AIR ASIA...SILAP....SLOGAN DADDY DIN BEGINI YA...KERNA KOSNYA MURAH,

NOW EVERYONE CAN SELL SPREAD JICAMA! 
(SENGKUANG CALIT DAA...)












BUNTING JUALAN STANDARD 
SAIZ 2x4ft 
RM8.00 SAHAJA





Bahan-Bahan

Bahan utama dalam pembuatan sos merah sengkuang saya ialah cili yang diimport dari Macau. Bahan-bahan lain terpaksa dirahsiakan demi menjaga kelangsungan daya saing perniagaan. Saya tidak boleh menggunakan perkataan 'halal' atau 'dibuat oleh orang Islam' untuk produk saya kerana undang-undang JAKIM hanya mengizinkan premis yang mempunyai sijil halal sahaja boleh berbuat demikian. Walaupun begitu, saya seorang yang beragama Islam dan dalam pengetahuan terbaik saya, tiada bahan-bahan yang haram digunakan dalam pembuatan produk saya. Dan salah satu syarat JAKIM ialah premis perniagaan mesti berasingan dari rumah kediaman, syarat yang memang saya akan gagal sebab saya mengusahakannya dari rumah. Maklumla, usahawan kecil yang belum mampu memiliki modal yang tinggi, tapi insyaallah dengan sokongan anda, saya juga boleh berjaya menjadi seperti usahawan besar yang lain.






KAD SUNTIKAN TYPHOID BAGI PENGENDALI MAKANAN DAN SIJIL KURSUS PENGENDALI MAKANAN











Tips Pemotongan & Penjagaan Sengkuang












SENJATA RAHSIA

3 senjata rahsia untuk memotong sengkuang...bentuk pisau seperti dlm gambar..panjang bilah 20cm,panjang handle 10cm jenis kayu...pisau harus diasah menggunakan pengasah selepas setiap 4-5biji sengkuang yang dipotong...roller kayu untuk ketuk pisau masa first time potong tengah sengkuang jika perlu...(free je saya share ilmu ni..byk lg ilmu saya boleh perturunkan kalau anda tidak segan bertanya...)


TIPS UNTUK PENIAGA

- Berat sengkuang yang ideal untuk berniaga ialah antara 1.3kg-1.5kg bagi harga jualan RM 1.50 sekeping untuk sos merah klasik dan RM2.00 untuk sos special rojak. 


- Kalau rasa lokasi tempat berniaga lebih sesuai kalau jual lebih murah seperti RM 1.00 sekeping untuk sos merah klasik dan RM1.50 untuk sos special rojak, beli sengkuang yang berat sebiji lebih kurang 1.0kg sahaja.

- Walau bagaimanapun, keputusan akhir berkenaan harga jualan tertakluk kepada anda kerana kos keseluruhan yang ditanggung berbeza antara satu sama lain...saper yang berniaga nak rugi ye dok? Ayat paling selamat nak beritahu pelanggan adalah " Harga mengikut saiz kepingan sengkuang"


Ini rupa biasa sengkuang yang diliputi tanah dan pasir yang dibeli di pasar borong.
















- Basuh sengkuang kali pertama menggunakan air paip bagi membersihkan pasir dan kotoran lain.




- Potong kulit luaran sengkuang menggunakan pisau yang besar dan tajam seperti gambar di atas.




- Basuh sekali lagi menggunakan air bertapis bagi memanjangkan lagi jangka hayat sengkuang. Pasal kalau guna air x bertapis, segala macam kotoran halus akan melekat pada isi sengkuang.


- Potong dua sengkuang. Perasan tak panjang pisau melebihi lebar sengkuang...kalau guna pisau pendek walaupun tajam memang payah ler...Ketuk atas pisau guna benda keras jika perlu.



- Potong keping mengikut ketebalan yang difikirkan sesuai. Saiz sedang gitu...Jangan tebal sangat,kang rugi...Jangan nipis sangat,kang customers bising..."yang sedang2 saja...yang penting, dia setia.."eh,lagu dangdut plak kuar...hihi..







- Kekadang ada buah sengkuang yang ada tompok kuning kecil begini...Biasanya menunjukkan buah yag dah matang sangat tetapi masih boleh dimakan keseluruhannya..tiada beza kualiti...setakat tompok kecil begitu masih boleh dijual..Jelaskan kepada customer elok2 kalau depa bertanya...tapi kalau dapat yang tompok kuning besar sangat janganlah jual..tu menunjukkan buah tu dah lama sangat...sebab tu bila kita beli sengkuang kena pilih sendiri yang nampak elok...jangan bagi penjual pilih sendiri..biasanya mereka nak clearkan stok yang lama dulu...



- Kepingan yang kecil atau patah jangan dibuang kerana boleh dijual/dimakan berasingan. Jual 2-3-4 ketul kepingan kecil bagi menyamai saiz standard apabila kepingan standard habis ATAU tambah 1 keping saiz kecik bagi mencukupi saiz yang hampir standard.






- Sentiasa asah pisau yang digunakan selepas memotong 4-5biji sengkuang kerana pisau akan cepat tumpul dengan sengkuang.


- Simpan kepingan sengkuang yang telah dipotong dalam cooler/kotak polisterine yang diisi ais untuk dibawa ke tempat jualan. Seeloknya bawa lebihan ais dalam cooler/kotak polisterine berasingan bagi tujuan menambah ais ke dalam cooler/kotak polisterine berisi kepingan sengkuang bagi memanjangkan hayatnya. 


- Ini kerana sepanjang tempoh jualan, cooler/kotak polisterine berisi kepingan sengkuang akan dibuka dan ditutup berulangkali dan menyebabkan ais cair dan suhu sejuk akan berkurangan.

- Jika sengkuang tak habis dijual, balik rumah jangan terus nak lepak2 dan tido dulu...penat camne pun, simpan sengkuang dalam bekas tupperware bertutup berisi air rendaman sejuk/berais....simpan dalam peti ais bahagian CHILLER...(INGAT, KEPINGAN SENGKUANG MESTI SENTIASA TERENDAM DALAM AIR SEJUK BERAIS!!!) Kepingan sengkuang boleh bertahan sehingga 5 hari jika  anda mengamalkan petua ini...

- Keesokan harinya gunakan bahan yang sesuai untuk bahagi dua bahagian dalam cooler/kotak polisterine. First in first out. Jangan campur kepingan sengkuang yang lama dengan yang baru. Anda juga boleh menggunakan cooler/kotak polisterine berasingan bagi membezakan yang mana mengandungi kepingan sengkuang terdahulu dan baru.

- Kepingan sengkuang akan mudah"kiok mampuih" pada suhu panas tanpa ais/air sejuk berais. Jadi rajin2la tukar ais dan buang air jika ais sudah cair dan suhu air sudah tidak sejuk lagi.









- Saya menggunakan senduk leper nasi untuk memudahkan kerja mencalit. Anda juga boleh menggunakan senduk leper jenis lain.Senduk yang tidak menggerutu lebih elok sebenarnya. Yang dalam gambar tu menggerutu punya.Terpaksa guna pasa cari2 yang licin tak jumpa2 daaa....




- Saya menggunakan kertas alas nasi yang paling murah dan gunting empat bahagian untuk digunaan sebagai alas sengkuang calit. Anda boleh juga menggunakan bahan lain yang difikirkan sesuai.. Yang penting murah... Jangan buang duit untuk perkara yang tidak perlu...





Ini namanya plastik sebelah...boleh tanya kat kedai jual plastik...memang sesuai digunakan untuk alas sengkuang calit...ukuran yang biasa ialah 8"x8" atau 10"x10"...harga semasa dalam RM3.50-RM4.00 untuk 500gram namun bergantung kepada lokasi....






Guna penyepit besi yang bergerigi bagi memudahkan cengkaman. Kalau guna sarung tangan plastik bagi mengambil sengkuang, akan menyusahkan anda untuk menukar duit jualan dan sebagainya.






Letakkan kepingan sengkuang di atas alas




-Tuangkan sos merah/special rojak ke atas sengkuang. Jika tidak menggunakan botol untuk sos, celup senduk leper ke dalam bekas tupperware sos dan terus ratakan ke atas permukaan sengkuang.







- Sapu permukaan sos serata mungkin sehingga meliputi keseluruhan permukaan sengkuang. Memang akan messy berkecah sikit, tapi customers akan berpuas hati. Sediakan tisu yang paling murah skali dalam dunia yang anda boleh beli bagi membersihkan tangan anda. Beri tisu kepada customers upon request.


- Gunakan bekas tupperware yang berkualiti,besar dan kedap udara bagi mengisi kacang panggang tumbuk bergula. 


- Taburkan kacang serata mungkin...Bagi yang berniaga, taburan tak perlu tebal, asalkan rata...melainkan customers special request nak lebih, layankan jela...Balance kacang yang ditaburkan akan masuk semula ke dalam bekas. Segera tutup bekas jika tiada pelanggan seterusnya bagi mengelakkan masuk angin @ lemau (bukan fei mau citer HongKong dulu2 tu tau..).Mengelakkan pembaziran dan ekonomikal.
















TERSANGAT PENTING...!!!




YANG INI PALING PENTING...MARKETING ATAU PEMASARAN. JIKA SUDAH MENDAPAT TAPAK NIAGA YANG TETAP, BUAT HEBAHAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT....NYATAKAN MASA DAN LOKASI PERNIAGAAN ANDA...KALAU TAK MAMPU CETAK FLYERS BERWARNA, CUKUP SEKADAR TAIP KAT MICROSOFT WORD, PRINT SEKEPING, PHOTOSTAT DAN GUNTING EMPAT BAHAGIAN...MASUKKAN DALAM PETI SURAT MEREKA...INSYAALLAH, ANDA AKAN MELIHAT PENINGKATAN DARI SEGI JUALAN DARI SEMASA KE SEMASA....




(LUPA PAKAI SARUNG TANGAN...TERBAKO TANGAN SAYA WEI...SAPE SUH BAGI FLYERS TENGAHARI BUTA YE DOK?)






KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA SENGKUANG CALIT DAN SEELOKNYA DIELAKKAN SUPAYA TIDAK MENJEJASKAN JUALAN (seriously.....please pay attention....)



1. Tidak menyapu sos merah klasik atau sos special rojak petis penang secara rata dan menyeluruh ke atas permukaan kepingan sengkuang, ATAU menyapu terlalu banyak sos sehingga menyebabkan keuntungan menjadi kurang.


2. Tidak menabur kacang panggang tumbuk bergula secara rata dan menyeluruh ke atas permukaan kepingan sengkuang.

3. Tidak merendam kepingan sengkuang dalam air berais ketika jualan dan menyebabkan sengkuang yang dijual kepada pelanggan tidak segar dan cepat rosak.

4. Terlalu lama mengambil masa bagi menyediakan sekeping sengkuang calit, menyebabkan pelanggan berasa bosan menunggu lama dan membatalkan tempahan.

5. Tidak menutup bekas sos merah/sos special rojak/kacang panggang tumbuk bergula jika tiada pelanggan dan menyebabkan sos masuk angin dan habuk serta kacang cepat menjadi lemau.

6. Tidak mengucapkan terima kasih, tidak mesra dan ramah dengan pelanggan.

7. Berpakaian terlalu selekeh.

8. Bagi yang berniaga menggunakan logo dan jenama Daddy Din, tidak menggunakan kacang panggang tumbuk bergula yang dibekalkan kerana ingin menjimatkan kos yang tidak seberapa. Sebaliknya menggunakan kacang goreng yang ditumbuk sendiri dan digoreng menggunakan kuali dapur yang mungkin tidak menepati piawaian standard yang diterima oleh Daddy Din. Kira menipula senang citer...Allah s.w.t. maha mengetahui dan perbuatan kamu itu tidak berkat...yang terkini sudah 3 orang dealers yang saya telah hentikan bekalan...Pertama kerana telah menjejaskan imej perniagaan saya dengan bahan tiruan yang saya tidak tahu kualitinya bagaimana. Kedua kerana MENIPU saya hidup2...

9. Tidak sabar,tidak konsisten dan mudah berasa bosan. Bagi mengelakkan perasaan ini timbul, peruntukkan cuti sehari dua dalam seminggu untuk anda berehat. Anda juga boleh merancang untuk mengembangkan cawangan sengkuang calit anda dengan mengupah pekerja ataupun menggunakan keuntungan sengkuang calit bagi membiayai perniagaan lain yang anda minati.

10. Tidak pandai dan kurang berdisiplin dalam mengasingkan modal pusingan yang mencukupi, sebaliknya membelanjakan sebahagian besar keuntungan kasar untuk kegunaan peribadi. Perniagaan akan lambat berkembang atau tidak berkembang langsung. Pi Mai Pi Mai Tang Tu....pastu mula nak berhutang beli bahan dengan saya. Dah la untung saya sebagai supplier ni ciput...kalau semua dealer berhutang sket2 tiap sorang, saya xpayah niaga pun xpela..dok rumah main game XBOX 360 lagi best tak sakit hati...

















Keuntungan Berniaga Sengkuang Calit

Kadar keuntungan adalah di antara 80%-150% daripada modal (semuanya hak anda, saya tak usik sedikit pun), bergantung cara anda memotong sengkuang serta tidak membazir sos merah serta kacang tumbuk dengan mencalit dan menaburnya secara berlebihan.

Anda boleh juga menjual air minuman seperti air sengkuang cina dengan hirisan seperti gambar di bawah sebagai pendapatan sampingan. Selain menepati tema sengkuang, rasanya juga enak,menyegarkan dan tahan lama serta margin keuntungan 50% (jika anda dapat harga RM0.90-RM1.00 setin beli borong dan jual semula dengan harga RM1.50)




Anda juga boleh berniaga sengkuang calit di pasar malam, pasar pagi, pasar tani atau di taman rekreasi.

Ekonomi saya bertambah stabil selepas saya menambah menu jualan harian dengan sengkuang calit. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda?



Pengalaman dan Tips

Saya pernah bekerja di bank-bank terkemuka di Malaysia selama 7 tahun bermula dengan jawatan kerani dan berakhir dengan jawatan sebagai Senior Executive, bahagian pinjaman perumahan. Dari pengalaman saya bekerja makan gaji dan pengalaman sepanjang membabitkan diri dalam dunia perniagaan, anda tidak perlu habis beribu hanya untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi saya semua itu mengarut. Sampai berhutang keliling pinggang semata-mata nak cukupkan modal. Ukurlah baju di badan sendiri. 

Saya sendiri bermula dengan modal RM50 dan bertatih selama 3 tahun untuk sampai ke tahap sekarang di mana saya sudah mampu memiliki rumah teres jenis lama dua tingkat berukuran 20 x 70 yang bernilai RM550,000 dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,500, di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang telah saya diami hampir 5tahun dan sebidang tanah lot banglo di Pekan, Pahang. Bukan riak, sekadar faktor pendorong atau motivasi untuk mereka yang bersungguh ingin pergi jauh dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. Saya masih juga mempunyai hutang2 lain untuk diselesaikan dan keinginan untuk menjadi insan yang BEBAS HUTANG menjadi semangat buat saya untuk terus mengusahakan perniagaan ini...



YANG PAKAI CERMIN MATA TU SAYA LA...BANYAK PENGALAMAN KERJA DAPAT, KENAL ISTERI YANG TERSANGAT MEMAHAMI PUN SEMASA KERJA BANK...SYUKUR ALHAMDULILLAH...

















Sebagai aktivis masyarakat dan terlibat dalam politik buat seketika...(DAH BERSARA SEPENUHNYA) 
Saya sedang memberi penjelasan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika itu YB Ronnie Liu berkenaan isu air yang melanda...wakil MPAJ ketika itu menyatakan masalah di sesetengah kawasan sudah selesai sedangkan hakikatnya tidak sebegitu...sidang akhbar bersama wartawan di menara MPAJ.







 Menghadiri Mesyuarat JKP (Jawatankuasa Penduduk) Zon 23 MPAJ Bil 1/2013 bersama AJK JKP Zon 23 dan Pengarah Jabatan Belia Dan Masyarakat MPAJ serta Pegawai Kewangan MPAJ.



PERKARA-PERKARA DI ATAS INI SEMUA MENJADI PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN SEBELUM SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK FOKUS SEPENUH MASA KEPADA PERNIAGAAN DADDY DIN SENGKUANG CALIT

***********************************************************



Anda tidak perlukan kedai yang bayaran sewanya RM1500-RM3000 sebulan, anda juga tidak perlukan kiosk yang berharga RM1000 ke atas yang mana jika dirampas penguatkuasa anda akan mengalirkan air mata... Apa yang anda sebenarnya perlukan hanyalah:

(1) Meja lipat yang berharga RM50.00
(2) Kerusi yang berharga RM6.00
(3) Payung niaga yang berharga RM50.00
(4) Ini yang paling penting - Lokasi yang ramai giler orang bertumpu untuk beli makanan/minuman pada waktu rehat tengahari atau hujung minggu di taman rekreasi/taman tasik atau pasar malam(kerana anda hendak berniaga sengkuang calit secara bijak iaitu tidak lebih 3jam sehari)
(5) Ramah dengan pelanggan (Produk berkualiti tapi peniaga sombong pun tak guna...)

Takut DBKL atau pihak majlis kacau? Fakta sebenar dari pengalaman saya, dalam masa setahun, tidak sampai 5 kali sahaja saya disaman (tapi jangan pulak main bedal berniaga kat jalan TAR. Sejam sekali memang pegawai dia round)..
Sekali saman katakan RM100, 5 kali saman RM500. Ataupun barang niaga kita yang bernilai tidak sampai RM200 disita..Dalam setahun tu pendapatan kita senang2 je nak bayar saman DBKL tu. Yang penting, kita harus pandai menyimpan sedikit hasil pendapatan kita untuk tujuan kecemasan seperti bagi membeli semula peralatan niaga.





NOTIS ASAL KESALAHAN BERNIAGA TANPA LESEN. KALAU ADA DUIT, CUBA BAYAR DALAM TEMPOH SETAHUN DUA DARI TARIKH SAMAN. KALAU TAK, AKAN DAPAT SURAT SAMAN MAHKAMAH MACAM DI BAWAH NI....






INI NAMANYA NOTIS SAMAN MAHKAMAH. PERINGKAT PALING AKHIR UNTUK KITA TANGGUHKAN BAYAR SAMAN BERNIAGA TANPA LESEN. BIASANYA DAPAT SETELAH 2-4 TAHUN DARIPADA TARIKH SAMAN ASAL PIHAK MAJLIS. 

KENA READYKAN DUIT UNTUK BAYAR DENDA DI MAHKAMAH. MASA HAKIM MAHKAMAH TANYA MENGAKU SALAH ATAU TIDAK, IKUT AYAT SKRIP SAYA
 " SAYA MENGAKU BERSALAH YANG ARIF DAN MOHON RAYUAN DIKURANGKAN DENDA KERANA....(BAGI CERITA SEDIH SKET..) SAYA SEKARANG DAH TIDAK BERNIAGA LAGI DI TEMPAT TERSEBUT. MOHON YANG ARIF PERTIMBANGKAN RAYUAN SAYA."

ANGGAPLAH DUIT BAYAR DENDA NI SEBAGAI SEBAHAGIAN BAYARAN SEWA TAPAK KITA BERNIAGA DI TEPI JALAN... JAUH LEBIH MURAH DARIPADA KITA MENYEWA KEDAI ATAU KIOSK BERIBU RINGGIT SEBULAN DALAM SHOPPING KOMPLEKS YANG BELUM TENTU LAGI ADA CUSTOMER DATANG SETIAP HARI...

JADI, KALAU RASA TAK NAK NAIK MAHKAMAH, MASA DAPAT SAMAN MAJLIS MULA2 TU, KUMPUL LA DUIT RM5-10 SEHARI DARIPADA DUIT KEUNTUNGAN...CUKUP DUIT LEPAS BEBERAPA BULAN, PERGI BAYAR SAMAN MAJLIS...KALAU PERALATAN KENA SITA, DUIT SIMPANAN TU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BELI PERALATAN BARU...

MUDAH BUKAN BERNIAGA DI JALANAN?










MENJUAL SENGKUANG CALIT DI TEPI JALAN TESCO AMPANG SUATU KETIKA DAHULU SEBELUM MENUMPUKAN SEPENUH MASA KEPADA MENJADI PEMBEKAL
















T-Shirt (NOT FOR SALE)
















Baju Korporat untuk urusan pemasaran di hotel,restoran dan sebagainya....


(NOT FOR SALE)













MOTOR SPACE COP GABAN

(banyak jasa motor ni kat saya...rosak camner mahal pun kos repair akan saya repair gak...dijual tidak sama sekali...)



 *Pandangan sisi
 *Pandangan hadapan
 *Pandangan belakang
*Menjual lai chee kang, soya dan sengkuang calit di belakang Menara MIDF, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur suatu ketika dahulu....
Pandangan belakang nak pergi berniaga. Dalam plastik hijau tu ada lai chee kang dalam cawan plastik.

Pandangan depan nak pergi berniaga..alah bisa tegal biasa..

Ini menu soya yang saya jual atas motor suatu ketika dahulu..sape nak tiru silakan..saya halalkan dengan niat nak bantu orang nak berniaga...



Mengubahsuai kotak GiVi menjadi cooler boxes dengan bantuan Coleman Chillers (rm7 sepeket) dan pelindung matahari kereta (rm4 sekeping)...Kualiti Lai Chee Kang terjaga kerana sentiasa sejuk ketika jualan dan boleh bertahan sehingga 4-5hari jika disimpan sejuk dalam peti ais. Motor menjadi ringan tanpa berat ais dan tidak basah dengan air ais yg telah cair...badan tidak mudah penat kerana beban motor berkurangan berbanding menggunakan ais dan cooler box biasa..

Total kos modifikasi termasuk 10 peket chillers tidak sampai rm100 (tidak termasuk kos kotak GiVi).

Anda boleh jual bermacam produk lain menggunakan motorsikal seperti buah2an dan steamboat di masa lapang dan hujung minggu lantas menjana pendapatan sampingan untuk keluarga...dan tanpa perlu declare kat LHDN...





MEMORI KETIKA BERNIAGA MENGGUNAKAN MOTORSIKAL DI JALAN RAJA CHULAN

*Update: Saya sekarang tidak lagi menjual sengkuang calit di tapak ini kerana diserang sakit jantung dan darah tinggi. Doktor menasihati supaya mengurangkan berat motor yang dibawa. Sebab itu saya giat memasarkan pakej DIY supaya pelanggan masih dapat merasai sengkuang calit di mana-mana dan pada bila-bila masa....






*Tray kuning tu bekas letak sengkuangla..letak atas kerusi lipat dalam beg tu..tengah kemas nak balik daa...



Jangan salah faham,saya sekadar berkongsi bagaimana caranya saya berniaga. Anda tidak perlu ikut cara saya, sebaliknya dengan menggunakan meja lipat, kerusi dan payung, anda sudah lengkap untuk berniaga. Yang penting, lokasi..lokasi..lokasi...Jangan buang masa berniaga 6-7jam berterusan di lokasi yang kurang orang yang menyebabkan banyak masa anda sebenarnya terbuang menunggu customer...sedangkan realitinya jika lokasi yang anda pilih menjadi tumpuan ramai,anda boleh berniaga hanya 2-3jam sewaktu customers benar2 ramai pada ketika itu....


Faham ye...?




ANTARA USAHAWAN-USAHAWAN
 DADDY DIN
(SATU KAWASAN, SATU PENIAGA)

JIKA BERLAKU PERTINDIHAN KAWASAN, PIHAK YANG TERKEMUDIAN DISARANKAN BERPINDAH KE LOKASI LAIN AGAR TIDAK MENGGANGGU PIHAK YANG TERDAHULU. BUMI ALLAH SWT INI LUAS...JIKA PERLU, BERUNDING SESAMA KAMU DENGAN BERHEMAH AGAR MENDAPAT PERSETUJUAN BERSAMA...JIKA TIDAK, SAYA TERPAKSA MENGGUNAKAN KUASA VETO SAYA BAGI MEMBEKUKAN BEKALAN PIHAK TERKEMUDIAN YANG TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR.


PERAK



ENCIK KAMAL AKSAH DAN ISTERI 016-5641619 SANGGUP TURUN DARI IPOH SEBULAN SEKALI MENAIKI ETS/KERETA BAGI MENGAMBIL BEKALAN. BELIAU MENJUAL DENGAN HARGA RM1.00 DAN RM1.50, WALAUPUN HARGA RENDAH TETAPI RAMAI CUSTOMERS DAN SALES TINGGI.. TETAPI SAIZ SENGKUANG DIKECILKAN SEDIKIT...
(UPDATE: dah x jual RM1.00 lagi pasal buah sengkuang dah naik harga...)




SELANGOR

Encik Faizal Aksah 012-2503394 (adik encik Kamal di atas) dan isteri Puan Nurul Ain dari Banting Klang...keduanya penjawat awam di Putrajaya yang dahulunya pernah berniaga di pasar malam dan menyewa di restoran-restoran. Atas isu teknikal, mereka sekarang sedang dalam proses mencari tapak niaga baru di sekitar Shah Alam ...kekadang jual kepada rakan-rakan di pejabat beliau pada waktu tengahari...




Isteri Encik Faizal sedang diwawancara oleh krew 'Nasi Lemak Kopi O TV9' untuk segmen "Duit" siaran pagi ahad 16/02/2014





DJ LIN DARI SEGMEN SURIA CINTA, SURIA FM





PUAN HAFIZA DARI SEPANG







KUALA LUMPUR


CIK NURUL PELAJAR KOLEJ POLYTECH MARA SHAMELIN YANG MENYEWA TAPAK NIAGA DALAM KOLEJ BERSAMA RAKANNYA...
MENDAPAT LIPUTAN BERITA HARIAN BERTARIKH 10 APRIL 2014 SEGMEN USAHAWAN MUDA.








JOHOR 

PUAN MIA BERSAMA SUAMI...013-7048011 / 019-6818316 STOKIS DADDY DIN BAGI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. COD BY APPOINTMENT DI BANK ISLAM BANDAR BARU UDA ATAU DI SEKITAR BANDAR BARU UDA, JOHOR BHARU.

HARGA YANG DIJUAL BERBEZA SEDIKIT DARIPADA HARGA SAYA, NAMUN MASIH LEBIH MURAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KOS KURIER KE JOHOR.




 

 Dealers di Johor Bharu Puan Zalita 013-7812781 dan Batu Pahat Puan Nor



 PAHANG





ENCIK IJAT 013-9869674 DARI TEMERLOH. SANGGUP TURUN KL NAIK BAS DAN NAIK LRT KE PANDAN JAYA BAGI MENGAMBIL BEKALAN BAHAN-BAHAN. BEKERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM DI JABATAN PERANGKAAN. 

BELIAU MENGAMBIL PENDEKATAN UNTUK REBRANDING DAN HANYA MENGGUNAKAN SOS SPECIAL ROJAK PETIS PENANG BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PENDUDUK SETEMPAT.






ENCIK HAFIZ 014-8177037 DARI MENTAKAB, PAHANG. JUGA SEORANG PENJAWAT AWAM DARI JABATAN PERANGKAAN.




Encik Kamal dari Taman TAS, Kuantan


KLANG




Encik Has dari Kota Kemuning...kekadang berniaga di seksyen 19 shah alam...kes encik ni pelik sket..memandangkan beliau berniaga di kawasan kolam pancing dan tasik yang mana lidah para kaki pancing ni dah kematu dengan asap rokok, maka sos merah dimaniskan dan kacang ditawarkan oleh beliau. Saya sama sekali tidak mengizinkan perkara ini sebenarnya tapi beliau berjanji yg perubahan rasa itu hanya untuk pelanggan kaki pancing...kalau untuk tempat lain beliau akan menggunakan sos dan kacang asal...saya bersangka baik dan memberi kepercayaan kepada beliau...
Jadi, kalau anda terbeli dengan beliau dan rasa sengkuang calit tidak menepati jangkaan, anda sudah tau cerita sebenar dari pihak saya...


ENCIK AZLAN 013-3176388 DARI BANDAR ARMADA PUTRA, PELABUHAN KLANG. BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SAHAJA. MENSASARKAN PELAJAR SEKOLAH DAN MENGGUNAKAN STRATEGI JUAL MURAH DAN SALES TINGGI.









ENCIK MISNAN 019-6507620 DARI TAMAN PEREPAT INDAH KLANG...BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SELEPAS BALIK KERJA HARI BIASA DAN HUJUNG MINGGU. BANYAK MENERIMA TEMPAHAN TERUTAMA KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH.


GOMBAK


ISTERI KEPADA ENCIK FAUZI 019-2679232 DARI KAMPUNG KERDAS DAN SUNGAI MULIA, GOMBAK. BERNIAGA DI HADAPAN RUMAH SAHAJA.






CIK AYU 017-9391382 (BERBAJU BIRU) DARI KELANTAN YANG MENCARI PENGALAMAN BERNIAGA DI TAPAK PESTA KONVO UKM 2013 BERSAMA RAKAN-RAKANNYA.
SEKARANG BERNIAGA SEPENUH MASA DI DOWNTOWN GOMBAK.



 Gerai Encik Borhanuddin

ENCIK BORHANUDDIN DARI SELAYANG..DENGAN KEADAAN DIRI YANG SEBEGITU, SANGGUP NAIK BAS DARI SELAYANG DAN TRANSIT LRT KE PANDAN JAYA SEMATA2 UNTUK AMBIL BEKALAN.





Puan Mas bersama suami dari Sungai Buloh



Puan Sha dari Terengganu yang mengambil peluang berniaga di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana (Pejabat Tun Dr Mahathir) di Putrajaya sempena Hari Terbuka+Pesta Buku+Pertandingan Memancing 2013.






PENSYARAH MENJADIKAN DADDY DIN SENGKUANG CALIT SEBAGAI PROJEK PRAKTIKAL OLEH PARA PELAJAR DI KOLEJ POLYTECH MARA BANGI. MEREKA MEMPELAJARI ASAS KEUSAHAWANAN DI CAFE KOLEJ DAN MEMPEROLEHI PENGALAMAN SEBENAR YANG TIDAK DIAJAR DALAM BUKU TEKS.







Encik Faizal dari Bandar Tun Hussein Onn Cheras yang mencari pengalaman berniaga pada bulan Ramadhan 2013 lalu. 





Encik Hafiz dari Klang yang mencari pengalaman berniaga hujung minggu di Pantai Remis, Kuala Selangor...ditemani isteri beliau. 


NEGERI SEMBILAN

Puan Aqydah bersama suami dari Senawang







Encik Shafiee dari Ampang berniaga di Dataran Putrajaya pada hujung minggu.



KELANTAN


ENCIK ADAM YANG BERNIAGA DI PANTAI IRAMA, BACHOK PADA HUJUNG MINGGU.




PERINGATAN PENTING!!!

 Kalau nak buat jenama sendiri, pastikan jenama itu sentiasa dipromosikan dan disokong dengan persembahan servis yang baik dan barang yang berkualiti (bagi yang tidak menggunakan 100% bahan dari Daddy Din). Jika tidak, pelanggan akan menganggap anda sekadar pesaing perniagaan Daddy Din dan akan membanding2kan servis dan kualiti sengkuang calit jenama masing-masing. Dan akhirnya, jualan akan merudum dan seterusnya gulung tikar. Jadi, jika rasa belum cukup kukuh dan bersedia, guna sahaja jenama Daddy Din...ia bukan francais dan keuntungan 100% milik anda...





TESTIMONI USAHAWAN & PELANGGAN DADDY DIN














BERNIAGA DARI RUMAH NON-LANDED

Kepada yang tinggal di non-landed dan nak berniaga sengkuang calit dari rumah, anda boleh membuat flyers seperti ini, print, photostat dan edarkan di peti surat setiap penduduk. Satu kertas A4 boleh bahagi 4 ruang...Ulangi langkah promosi 3minggu atau sebulan sekali..Bakal pelanggan anda bukan sahaja dari kaum Melayu, malah Cina dan India turut meminatinya...

Tak payah bayar sewa kedai merapu mahal tapi orang belum tentu ada..berniaga dari rumah free...siang malam customers ada insyaallah...




ANTARA KATA-KATA MOTIVASI YANG MENJADI PEGANGAN SAYA SEBELUM,SEMASA DAN SELAMA INI...







GADGETS (Not For Sale)


Sengkuang Calit Belt...Bawa cooler atas troli pasar...seret ke lokasi yg ramai orang...




MOBILE VENDING TRAY...REKA SENDIRI...NAK BERNIAGA KAT LOKASI YANG TAK BOLEH BUKA MEJA TAPI RAMAI ORANG...




Testimoni dari salah seorang pelanggan yang berpuas hati...









.



Penghantaran 

Saya hanya membuat penghantaran ke LOKASI-LOKASI COD (BY APPOINTMENT) SEPERTI BERIKUT sahaja: 

PETRONAS TESCO EXTRA AMPANG
STESEN LRT PANDAN JAYA
STESEN PETRON TAMAN SHAMELIN PERKASA
STESEN CALTEX TAMAN CHERAS INDAH(BELAKANG TAMAN SHAMELIN PERKASA)


Ini disebabkan kesibukan menguruskan keseluruhan proses perniagaan dan kerja seisi rumah serta penjagaan anak.












SOURCING & BUYING DEPARTMENT : SAYA 

PRODUCTION & PACKAGING DEPARTMENT: SAYA

ADMIN & FINANCE DEPARTMENT : SAYA

RISK MANAGEMENT DEPARTMENT : SAYA

SALES & AFTER SALES DEPARTMENT : SAYA

MARKETING DEPARTMENT : SAYA

DELIVERY & COURIER DEPARTMENT : SAYA

SIAPKAN ANAK (6THN) PERGI SEKOLAH: SAYA

BASUH /JEMUR / ANGKAT KAIN : SAYA

AMBIK ANAK SEKOLAH : SAYA

BAGI ANAK MAKAN DAN MANDIKAN : SAYA

LAYAN ANAK MAIN & BUAT HOMEWORK : SAYA


(ISTERI SAYA SAKIT SLIP DISCS KRONIK DAN PERNAH PATAH TULANG KECIL BUKU LALI JATUH TANGGA...SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH BERDIRI LAMA...TAK BOLEH BUAT KERJA BERAT...BALIK KERJA BANK DAH LAMBAT...JADI KITA SEBAGAI SUAMI CUBA BANTU RINGANKAN MANA YANG TERMAMPU...)

 *********************************************************************************************






Temujanji dan pengesahan tempahan harus dibuat sehari dua sebelum penghantaran@self pick up bagi memastikan masa dan tempahan yang dikehendaki boleh disiapkan dan diaturkan terlebih dahulu ke dalam jadual harian saya. Harap maklum, kerana saya seorang SUPERDAD yang berpegang teguh pada prinsip teratur dalam segala hal...saya juga tegas dan garang...penat tapi bahagia...:)








JADI KALAU KORANG MAIN BELASAH JE NAK JUMPA DAN ORDER LAST MINUTE MASA TU JUGA ATAU CANCEL ORDER DAN DIAM JE TAK MAKLUMKAN APA-APA, MEMBUATKAN SAYA KERUGIAN SLOT MASA,



"BEWARE...SUPER DAD AKAN BERTUKAR MENJADI THE INCREDIBLE HULK!!!" HAHAHAHA...











PENGEPOSAN 



Saya terpaksa MENSEPARA-MANSUHKAN (TAK FAHAM? SAYA PUN...HAHA...LAYANKAN JELER...) khidmat poslaju kurier untuk penghantaran produk saya kerana harganya antara yang TERMAHAL dalam industri penghantaran kurier, terutama dalam kategori timbangan berat. Itu sebelum harga minyak RON95 naik 20sen...Dalam masa terdekat ini pasti akan keluar harga baru yang jauh lebih mahal dan sangat tidak rasional daripada sebelumnya...Manakala perkhidmatan pos parcel domestik Pos Malaysia yang murah dan digunakan sebelum ini ternyata mengecewakan. Barang sampai dalam masa 5-7 hari, pecah plak tu walaupun dah ditampal sticker mudah pecah. Harap maklum.

(TAPI KALAU DAH MENGIDAM SANGAT DAN SANGGUP BAYAR CAJ KURIER MAHAL, SAYA MENURUT PERINTAH JE....PASAL POSLAJU KURIER CAWANGAN SHAMELIN ADO TU DOKAT JO HA KAT BELAKANG RUMAH DEN...)





 TAPI KENA RESERVE 1KILO UNTUK BERAT BEKAS SOS,SURATKHABAR DAN KOTAK ITU SENDIRI..JADI BOLEH KURIER KURANG SEKILO JELA DARI TOTAL BERAT YANG TERTERA DI KOTAK PRABAYAR SEBENARNYA, PASAL KALAU LEBIH 1GRAM JE PUN DAH MASUK HARGA LAIN YANG JAUH BEZA JUMLAHNYA DAN SAYA KENA BAYARKAN...DAH LA UNTUNG SIKIT JER...RUGI...RUGI WOOO... 





CONTOH ORDER DEALERS DARI JOHOR SIAP UNTUK DIPOSKAN.

NAK BAGI SEDAPKAN HATI KERANA KOS KURIER YANG AGAK TINGGI, ANGGAPLAH IA SEBAHAGIAN DARI KOS SEWA TAPAK NIAGA DAN JAUH LEBIH MURAH DARI KOS ULANG-ALIK KE KUALA LUMPUR.






Pembayaran


 Jika anda terus ke bahagian akhir untuk mengetahui no hp saya, tolong baca dulu blog ini dari mula sebelum menghubungi saya dan bertanyakan maklumat asas seperti harga sos, cara potong dan sebagainya yang sudah tersedia saya paparkan. Saya tidak mahu menanam budaya pemalas di kalangan usahawan Bumiputra khususnya atau pun pelanggan biasa amnya.


Email saya: sosmerahsengkuangcalit@gmail.com ataupun sms  saya untuk makluman jumlah yang perlu dibayar dan sertakan sekali nama dan alamat penuh bagi tujuan penghantaran di talian 012-3125676 (AIZUDDIN ISMAIL)





NO AKAUN MAYBANK 112241055183 : AIZUDDIN ISMAIL

NO AKAUN CIMB
14300005102527 : AIZUDDIN ISMAIL

Saya memerlukan satu-dua hari bekerja bagi memproses pesanan anda, bergantung kepada jumlah pesanan keseluruhan yang saya terima pada hari tersebut.


Sekali lagi, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.


"Daddy Din Sengkuang Calit - Gigit Sekali Pasti Nak Gigit 
Lagi..."



*Daddy Din Sengkuang Calit didaftarkan di bawah ATY FABULOUS FOOD & BEVERAGES (SSM 002178570-M)



Disclaimer: Segala kandungan dalam blog ini adalah hasil asal idea saya. Sebarang bentuk penggunaan gambar atau ayat hendaklah memberi kredit atau rujukan kepada blog ini. Harap maklum..